Pages

Wednesday, June 5, 2013

Sherry Ibrahim menawan dalam drama Teduhan Kasih

images (2)Selepas fenomena tersendiri yang dibawa oleh drama Setia Hujung Nyawa di Slot Akasia TV3 sebelum ini, kini giliran drama Teduhan Kasih pula mendapat tempat di hati para penonton

. Menurut Sherry Ibrahim di akaun Twitternya, jumlah penonton drama ini sudah mencecah 2.5 juta orang setakat hujung bulan Mei. Nampaknya, kehebatan drama Teduhan Kasih tidak dapat dipertikaikan kerana disumbangkan oleh dua faktor utama iaitu pemilihan pelakon yang mantap dan aura yang dibawa oleh Novel Teduhan Kasih itu sendiri.

Dalam aspek pemilihan pelakon, kehadiran pelakon Nabila Huda yang memegang watak sebagai perempuan jahat cukup mencipta kebencian di hati para penonton. Begitu juga dengan kecantikan yang dimiliki oleh bekas kekasih Ashraf Muslim, Sherry Ibrahim yang cukup menggegar jantung hati kaum lelaki selepas melihatnya. Sherry Ibrahim dilihat lebih cantik jika bertudung sehingga wataknya sebagai perempuan lemah-lembut dalam drama Teduhan Kasih amat berkesan.
Kehadiran pelakon sasa, Adi Putra yang sebelum ini sering bergandingan dengan Nora Danish turut menjadi penyumbang utama kepada kenaikan rating drama Teduhan Kasih. Beliau memang kacak dan sering menjadi kegilaan kaum hawa di luar sana. Apapun, jom layan beberapa keping gambar Sherry Ibrahim di bawah yang cantik menawan sebagai teraju utama drama Teduhan Kasih.

Sherry Ibrahim dalam drama Teduhan Kasih 8

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...