Pages

Tuesday, April 8, 2014

Suami isteri hina Nabi Muhammad SAW dihukum

Christian Couple

ISLAMABAD 6 April - Sepasang suami isteri beragama Kristian dijatuhi hukuman mati atas kesalahan menghantar mesej menghina Nabi Muhammad SAW di

timur wilayah Punjab di sini.
Peguambela, Nadeem Hassan berkata, hakim menjatuhkan hukuman itu, kelmarin terhadap Shafqat Emmanuel, 38, dan isterinya, Shagufta Kausar, 42, yang ditahan di sebuah penjara di bandar Toba Tek Singh.
Jabatan pendakwa mengesahkan hukuman berkenaan.
Nadeem berkata, pasangan suami isteri itu akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.
Pada Julai lalu, imam sebuah masjid di Gojra, Maulvi Mohammad Hussain membuat aduan tentang satu mesej yang diterimanya daripada pasangan itu yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW.
Maulvi mendakwa Shafqat menghantar mesej itu menggunakan telefon bimbit isterinya.
Namun, peguam Nadeem berkata, teks mesej itu berasal daripada sebuah telefon bimbit pasangan itu yang hilang sebelum insiden berkenaan, jadi tidak mungkin Shafqat dan isterinya yang melakukan perbuatan tersebut.
Tambah Nadeem, kedua-dua pesalah itu disyaki mempunyai musuh menyebabkan mereka terbabit dalam kes itu. Pasangan itu turut dikatakan mempunyai kaitan dengan pengadu.
Pakistan melaksanakan undang-undang keras terhadap pesalah yang memfitnah Islam, termasuk hukuman mati terhadap mereka yang menghina Nabi Muhammad SAW dan undang-undang itu sering digunakan sebagai cara bagi menyelesaikan perbalahan peribadi. - AF

Sumber

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...