KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) membuka jualan tambang istimewa bagi
penerbangan ke destinasi terpilih bermula esok hingga 28 Februari ini bersempena pameran pelancongan terbesar yang bakal berlangsung pada Mac ini.
Naib Presiden Kanan Serantau MAS, Muzammil Mohamad berkata, tawaran tambang eksklusif itu bagi penerbangan dari 28 Februari hingga 31 Mei 2014.
“Kami akan mempamerkan beberapa destinasi yang paling popular pada minggu ini untuk menunjukkan kepada pelanggan apa yang mereka boleh harapkan dalam pameran pelancongan nanti.
“Pelancong Malaysia kini lebih arif daripada segi mendapatkan tawaran nilai terbaik dan kami gembira kerana mempunyai peluang untuk menyediakan tawaran hebat ini, bersama-sama dengan perkhidmatan lima bintang MAS tanpa sebarang kos tambahan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Muzammil berkata, melalui tawaran khas itu, pelanggan MAS boleh menikmati penerbangan kelas ekonomi ke destinasi ASEAN dengan tambang serendah RM169, China (RM899), Afrika Selatan (RM809) dan Australia (RM1,099).
Menurutnya, tambang itu termasuk cukai lapangan terbang, surcaj, 30 kilogram (kg) daftar masuk bagasi dan satu bahagian kabin peruntukan bagasi sehingga 7kg.
Sebagai tambahan, katanya, MAS Tour Arm Golden Holidays menawarkan pakej menarik iaitu pakej empat malam di Beijing pada kadar RM2,071, empat malam di bandar Darwin (RM2,589) dan tiga malam di Kathmandu (RM2,369).
Pakej itu meliputi penerbangan kelas ekonomi, pengangkutan ke tempat penginapan, sarapan dan lawatan yang diaturkan.
“Tawaran ini boleh didapati melalui laman web www.malaysiaairlines.com, Pusat Panggilan MAS 1-300-88-3000, Pejabat Tiket MAS dan ejen yang sah.
“Untuk pakej Golden Holidays pula pelangganboleh melayari holidays.malaysiaairlines.com atau menghubungi talian 03-7863 4000 untuk mendapat maklumat lanjut
No comments:
Post a Comment