Pages

Wednesday, June 5, 2013

Hati Sherry Ibrahim Kini Milik Jejaka Dari Mauritius

592013_sherrymauritius-aTiada pula hujan mahupun ribut yang pernah dilaporkan melanda rumahtangga pelakon, Ashraf Muslim dan isteri Dayana Lokman sebelum ini.

Namun usia perkahwinan yang belum mencecah dua tahun itu khabarnya telah dicemari kesuciannya apabila Ashraf dikatakan bakal berkahwin lagi satu.

Wan Sakinah adalah individu yang disebut-sebut bakal menjadi isteri kedua Ashraf Muslim dan wanita itu juga telah mengaku apabila keterangan mengenai hubungannya dengan aktor kacak itu telah disiarkan disebuah akhbar tempatan.

Pun begitu, dengan tidak semena-mena, Sherry Ibrahim yang pernah dikaitkan dengan Ashraf Muslim ini telah terkena tempiasnya. Pelakon dan pramugari jelita itu juga akui hairan apabila ada yang menanyakan adakah dia bakal isteri kedua Ashraf Muslim kerana ada laporan menyatakan bahawa bakal isterinya itu merujuk kepada bekas teman wanita aktor tersebut dahulu.

"Kenapa nak kena tanya dengan saya walhal kami dahulu ketika rapat tidak pernah pula mengaku pasangan kekasih. Selepas saya memilih untuk kembali berkhidmat sebagai pramugari, saya tidak lagi berhubung dengan kebanyakan rakan artis termasuklah Ashraf sendiri.

"Bila wartawan tanya pada saya barulah saya tahu apa yang berlaku sebenarnya. Saya tidak tahu menahu pasal Ashraf bakal berkahwin lagi dan sebagainya,"jawab Sherry yang enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan aktor tersebut satu ketika dahulu.

Sebaliknya Sherry atau nama penuhnya Syarizad Ibrahim,30, mengaku kini sedang dalam proses mengenali seorang jejaka yang berasal daripada pulau terkenal, Mauritius. Jejaka berusia 30'an itu khabarnya adalah kenalan di lapangan yang sama dengan Sherry bekerja iaitu dalam bidang penerbangan.

"Memang saya ada rapat dengan seorang jejaka daripada Mauritius. Saya mengenalinya ketika berkhidmat bersama Qatar Airways dulu. Dia berumur dalam lingkungan 30'an dan kami sudah mengenali antara satu sama lain lebih kurang setahun.

"Hubungan kami serius dan pihak keluarga juga sudah maklum mengenai perkara ini. Cuma sekarang saya terpaksa berkorban untuk menjalani hubungan jarak jauh kerana kini saya berehat sebentar menjadi pramugari.

"Cukup jika saya kongsi setakat itu sahaja kepada peminat diluar sana mengenai hal peribadi saya,"ujarnya yang tidak terlalu mahu bercakap mengenai perkara yang belum ada lagi kepastiannya itu.

Sherry Ibrahim yang semakin jelita itu bakal muncul dalam drama Teduhan Kasih di adaptasi daripada novel nukilan Marissa. Drama 28 episod itu memperlihatkan gandingan Sherry bersama Nabila Huda, Shah Iskandar, Adi Putra, Zarina Zainuddin dan ramai lagi yang bakal menemui penonton di slot Akasia di TV3 bermula 15 Mei ini.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...