Pages

Friday, May 31, 2013

LISA SURIHANI Reka 20 BAJU RAYA Untuk J Store

lisa-surihani-1Sempena pembukaan butik flagship pertama pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie di Jalan Maarof Bangsar iaitu J Store, aktres terkemuka tanah air, Lisa Surihani telah diberi penghormatan untuk merealisasikan 20 persalinan sempena

lebaran.

Koleksi yang dikenali sebagai Lisa Surihani for Jovian itu sangat istimewa lagi tersendiri, apabila aktres berkenaan telah berpeluang melahirkan persalinan mempersona untuk golongan wanita yang diinspirasikan daripada dirinya sendiri.

Lisa Surihani berkata dia cukup terharu apabila diberikan peluang keemasan berkenaan terutama sekali daripada pereka fesyen berbakat besar itu.
"Apabila Jovian datang bertemu saya dan mengusulkan cadangan untuk bekerjasama dengan saya, sangkaan saya dia hanya mahu saya menggayakan atau memperagakan pakaiannya untuk koleksi terbaru miliknya.
"Bagaimanapun saya amat berbesar hati dan terkejut kerana Jovian mahu saya melahirkan rekaan saya sendiri untuk dijadikan koleksi hari raya. Malah dia memberikan saya kebebasan untuk merealisasikannya idea rekaan saya itu bersama-sama dengannya," katanya.
Koleksi Lisa Surihani for Jovian mempamerkan hasil rekaan baju kurung moden, kurung kedah dan jubah moden yang diinspirasikan daripada personaliti serta karektor Lisa Surihani pada harga serendah RM300 sehingga RM500.

Pelakon jelita LISA SURIHANI Reka 20 BAJU RAYA Untuk

Lebih istimewa kerana setiap rekaan baju yang dihasilkan Lisa Surihani itu adalah inspirasi daripada gaya serta citarasa beberapa orang wanita yang dekat dalam hidupnya.
"Saya membesar dengan ibu saya dan oleh kerana itu kehidupan saya banyak diinspirasikan daripada wanita-wanita ini, misalnya Tok saya (nenek), mak cik saya, kawan-kawan saya dan ramai lagi.
"Sebagai contoh, Tok saya dulu pernah mencipta rekaan pakaiannya sendiri. Setiap satu persalinannya sangat berani, tetapi dalam masa yang sama sangat feminin, penuh kewanitaan serta memiliki ciri-ciri classy serta matang.
"Jadi sesuai dengan sambutan hari raya, saya menjadikan mereka sebagai inspirasi untuk persalinan rekaan saya yang masih mengetengahkan nilai-nilai tradisional serta yang tak lapuk dek zaman," katanya teruja.
Sebanyak enam persalinan rekaan Lisa Surihani telah dipamerkan pada majlis sidang media berkenaan yang masing-masing mempunyai nama tersendiri seperti Mira iaitu diambil daripada nama ibunya, Maimunah (nenek), Jihan (sahabat baik), Maznah (ibu saudara), Norkiah (ibu saudara) dan Noren.
Sementara itu, Jovian Mandagie berkata, pemilihan Lisa Surihani untuk menjayakan koleksi lebaran kali ini sesuai dengan reputasi pelakon berkenan yang memiliki keperibadian baik, sopan dan penuh dengan nilai wanita Timur.
Katanya, sebagai pereka fesyen yang ingin maju, dia sering memandang ke depan dan kolaborasi seperti itu sememangnya lain daripada yang lain sebagai satu cara memperluaskan lagi penjenamaan Jovian Mandagie ke peringkat lebih tinggi.
"Walaupun dia seorang selebriti popular, dia tetap merendah diri, memiliki karektor yang baik, sopan dan lebih penting bagi saya, senang untuk bekerjasama dengannya. Walaupun dia bukanlah seorang fashionista tetapi dia seorang yang suka belajar perkara baru termasuk fesyen. Sepanjang merealisasikan koleksi ini, kami langsung tidak ada masalah untuk bekerjasama.
"Bagi saya, kerjasama seperti ini adalah salah satu strategi terbaik untuk penjenamaan Jovian Mandagie kerana saya mahu jadi trendsetter. Kalau saya guna strategi sama seperti tahun lalu, saya tidak akan berkembang.
"Jika saya mahu menjadi pereka fesyen nombor satu di Malaysia saya perlu buat sesuatu yang baru. Apa yang penting saya perlu berfikiran kreatif untuk maju kehadapan," kata pereka fesyen bervisi tinggi itu.
Koleksi Lisa Surihani for Jovian hanya boleh didapati di butik J Store, Bangsar bermula June ini.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...