Pages

Friday, May 31, 2013

Wanita diserang ‘penunggu’ almari

imageSELINSING - Seorang suri rumah terkejut apabila diserang dan nyaris dipatuk ular tedung yang melingkar di dalam almari

di bilik utama rumahnya di Kampung Tebuk Haji Dollah, di ketika mahu menyusun pakaian kira-kira jam 10 malam .

Mangsa yang hanya dikenali Rosmah, 30, baru selesai melipat pakaian dan membuka almari baju untuk menyusun pakaian berlipat, namun terkejut setelah dia terpandang objek berwarna kelabu terkeluar sedikit dari almari,ketika hendak melihat objek itu dengan lebih dekat, tiba-tiba dia terdengar bunyi seakan mendengus dari arah dalam almari itu.
“Pada mulanya, dia menyangka  ia kayu dan cuba menggerakkannya dengan kayu sebelum mendapati objek itu lembik dan bergerak tetapi senyap. Dia keluar sebentar sebelum masuk semula selepas beberapa minit kerana tak sedap hati.
Rosmah terperanjat dan menjerit sekuat hati kerana benda itu rupa-rupanya ular tedung sepanjang kira-kira tiga meter lebih yang cuba bertindak menyerangnya setelah pintu almari dibuka sepenuhnya.
“Mujurlah sempat menutup semula dan segera menjerit memanggil suaminya  yang ketika itu berada di luar untuk mendapat bantuan.
Suami mangsa, Mohd Zaki, 33, berkata, sejurus mendengar jeritan isterinya, bergegas masuk ke dalam bilik untuk melihat perkara yang berlaku.
“Selepas dimaklumkan isteri terdapat ular tedung selar menjadi penunggu di dalam almari bilik  segera menghubungi 999 untuk mendapatkan bantuan kecemasan

Sumber.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...