Pages

Thursday, June 27, 2013

Kejam: Empat Warga China Ditikam Hingga Mati Di Papua New Guinea

warga china mati ditikamSYDNEY - Empat rakyat China yang menjalankan perniagaan di Papua New Guinea ditikam hingga mati di

negara Pasifik Selatan itu.

Jurucakap polis, Dominic Kakas berkata, mangsa-mangsa itu yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita dibunuh pada malam Isnin lalu di kedai mereka di Pelabuhan Moresby.

Beberapa pembunuh memasuki kedai berkenaan melalui pintu belakang, mengancam mangsa dan menikam mereka dengan pisau.

Perdana Menteri Papua New Guinea, Peter O'Neill semalam menyifatkan serangan tersebut sebagai kejam dan pengecut.

"Saya mahu memberi jaminan kepada pemerintah China dan ahli keluarga mangsa bahawa polis akan memburu serta membawa pesalah ke muka pengadilan," katanya dalam satu kenyataan.

Polis sudah menyoal beberapa orang termasuk para pekerja di kedai itu. Namun tiada sebarang tangkapan dibuat.

Pemerintah Papua New Guinea baru-baru ini mencadangkan beberapa langkah baharu sebagai tindak balas kepada peningkatan jenayah ganas berprofil tinggi.

Pada Februari lalu, seorang wanita diseksa dan dibakar hidup-hidup di hadapan beratus-ratus orang kerana didakwa mengamalkan ilmu hitam.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...