Pages

Monday, June 10, 2013

Yasmin Hani Kini Hamil Anak Pertama

Yasmin Hani Kini Hamil Anak PertamaMenerusi laman hiburan Murai, Yasmin Hani telah mengumumkan beliau kini hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan

Sha'arin Blackrose.Yasmin mengumumkan kehamilannya itu menerusi laman sosial Instagram beliau. Mengikut informasi di laman Instagram miliknya, Yasmin, 33, memberitahu dia kini telah hamil 16 minggu dan meminta semua peminat dan orang yang mengenalinya supaya mendoakan segala kebaikan buat bayi yang bakal yang lahir dan juga kesejahteraan mereka suami isteri.
Berikut adalah status yang dimuat naik Yasmin di Instagram miliknya:
@yasminhani Hello everyone!! Today is a special day coz we decided its time to share this great news with all of u. Syukur Alhamdulillah we r blessed as we will welcoming a new member to our family!! I am now 16 weeks (Picture was taken way before) Please doakan yg baik2 utk bakal baby yg akan lahir dan kami juga, Amin. Much love from us.
Difahamkan juga, Yasmin bakal menyambut ulangtahun kelahiran beliau yang ke 34 pada 11 Jun ini.
Yasmin Hani atau nama sebenarnya, Yasmin Hani Richardson selamat diijabkabulkan dengan Sha'arin Mohammed Razali Wong dalam satu majlis akad nikah pada 21 Oktober 2011. Majlis resepsi kemudiannya diadakan di Duchess Place Jalan Ampang pada hari yang sama.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...