Pages

Friday, May 31, 2013

Bieber didakwa miliki anak

imagesBintang pop remaja, Justin Bieber sekali lagi ditimpa masalah apabila dia berhadapan dakwaan mempunyai anak,

lapor akhbar The Sun semalam.

Dakwaan kali ini dibuat oleh seorang wanita berusia 25 tahun dari negeri California, Amerika Syarikat.

Peminat wanita yang tidak dikenali itu menuduh Bieber ialah bapa kepada anak perempuannya setelah mereka menjalin hubungan seks selepas konsert bintang remaja itu pada tahun 2010.

Dia mendakwa mereka bertemu di sebuah restoran T.G.I. Friday di Miami dan kemudian tidur bersama di sebuah hotel penginapan Bieber di Gansevoort South.

Wanita berkenaan melahirkan bayi tersebut pada Oktober 2010.

"Bieber tidak tahu tentang perkara ini. Dia cuma mahu melindungi bayinya. Pada pendapat saya, bayi itu kelihatan seperti Bieber semasa kecil," kata satu sumber memberitahu majalah US Star.

Majalah tersebut turut mendedahkan beberapa mesej terima kasih yang didakwa dihantar penyanyi dari Kanada itu kepada wanita misteri.

Namun, beberapa sumber yang rapat dengan Bieber mendakwa cerita wanita tersebut adalah palsu.

Bieber pernah berhadapan saman daripada seorang wanita, Mariah Yeater yang mendakwa dia hamil setelah menjalin hubungan seks dengan penyanyi itu di belakang pentas selepas persembahannya tiga tahun lepas.

Bagaimanapun, Yeater, 20, menarik balik saman tersebut apabila penyanyi lagu Baby itu melakukan ujian asid deoksiribonukleik bagi menutup kontroversi tersebut.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...