Pages

Monday, September 3, 2012

Hentikan kegiatan gondol Bukit Marak

ne_11.1

BACHOK - Para penduduk di kaki Bukit Marak di sini mendesak pihak berkuasa di negeri itu mengambil tindakan menghentikan kegiatan menggondol bukit tersebut untuk mengelakkan kemusnahan kesan sejarah peninggalan puteri legenda, Puteri Saadong…..

Mereka mendakwa, kegiatan menggondol bukit berkenaan secara tidak terkawal dibimbangi boleh memusnahkan monumen semula jadi daripada batu granit peninggalan puteri legenda itu.

Seorang penduduk, Ismail Awang, 44, berkata, pemilik tanah bukit berkenaan sepatutnya mengambil tanggungjawab mengekalkan kesan sejarah bagi tatapan generasi akan datang dan bukannya mementingkan keuntungan hasil daripada jualan tanah bukit tersebut.

"Saya khuatir kegiatan menggondol Bukit Marak lebih serius dilakukan di bahagian belakang bukit itu kerana ia terselindung daripada pandangan umum.

"Apa pun terserah kepada pihak berkuasa untuk membuat penyiasatan yang terperinci ke atas kegiatan tersebut," katanya ketika ditemui di sekitar bukit berkenaan di sini semalam.

Ismail berkata, pada satu ketika dahulu, kawasan itu dikunjungi pelancong asing dan tempatan untuk melihat keunikan tapak Awang Selamat, batu berbentuk gajah, gendang batu dan tempat persalinan puteri berkenaan.

"Papan monumen sejarah bukit itu masih lagi terpacak di jalan masuk tetapi sejak kebelakangan ini tiada pengunjung yang bertandang kecuali lori-lori tanah sahaja. Ini merugikan kerana lokasi itu sepatutnya boleh dibangunkan menerusi agro pelancongan,"

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...