Pages

Friday, June 21, 2013

Yuna Akui Ada Hubungan Dengan Pemuda Inggeris

Yuna NewPenyanyi Yunalis Zarai atau Yuna mengakui sedang mengenali hati budi pemuda Inggeris, Julian Schratter selepas

gambar mereka sering dimuat naik menerusi Instagram milik wanita itu.

Yuna, 27, bagaimanapun enggan mengulas sejauh manakah hubungan mereka kerana mahu memberi perhatian kepada kerjaya nyanyiannya yang semakin rancak di Amerika Syarikat.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat berkongsi mengenai soal peribadi tetapi apa yang boleh saya katakan, saya dan Julian sedang mengenali hati budi masing-masing dan selebihnya adalah peribadi untuk dikongsi di sini.

"Buat masa ini saya sangat sibuk untuk menyiapkan album kedua saya di Amerika yang dijangka berada di pasaran pada Oktober depan. Karier adalah keutamaan saya buat masa ini," katanya kepada pihak media menerusi sidang video Skype dari Los Angeles, yang diadakan di Istana Budaya di sini pada Khamis.

Yuna diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Julian selepas penyanyi lagu Terukir Di Bintang itu mengundang pemuda tersebut sebagai model dalam muzik video terbaharunya berjudul I Wanna Go.

Dalam perkembangan sama, Yuna berkata, kegagalan mempertahankan hubungan cinta dengan pelakon dan pengacara, Qi Razali banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi kisah peribadi kepada umum dan berharap peminat dan media memahami situasi itu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...