Pages

Thursday, May 2, 2013

Walau Di Ganggu Bunian, Mawi Tidak Akan Pindah

Mawi Tak Pindah BunianMenurut Mawi, 32, semenjak kejadian itu berlaku ..

Walau Di Ganggu Bunian, Mawi Tidak Akan Pindah |

Juara Akademi Fantasia Mawi atau Asmawi Ani tidak berhasrat untuk berpindah daripada kediamannya di Bangi Golf Resort walaupun seorang lelaki mendakwa ternampak sepasang orang bunian tinggal di rumahnya.April lalu tiada sebarang kejadian pelik terjadi di rumahnya dan berserah kepada Allah terhadap sebarang kemungkinan.
"Itu dakwaan lelaki tersebut yang kita tidak tahu sama ada benar atau pun tidak. Saya bagaimanapun tidak berhasrat untuk berpindah kerana perkara itu.
"Alhamdulillah setakat ini keadaan rumah berada dalam keadaan baik dan tidak pernah berlaku sebarang kejadian aneh," katanya kepada mStar Online ketika ditemui baru-baru ini.
Pada kejadian, seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai buruh berusia 40-an bertindak memecahkan tingkap dapur rumah juara program Akademi Fantasia itu dan mendakwa melihat kelibat sepasang orang bunian berlegar-legar dalam rumah penyanyi itu.
Dalam pada itu, Mawi berkata, kes berkenaan telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk disiasat dan berharap kejadian serupa tidak berulang lagi.
"Ini adalah kali kedua rumah saya dimasuk orang dan walaupun dia mendakwa ternampak bunian dalam rumah, saya tetap serahkan dia kepada pihak polis kerana menceroboh kediaman saya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mawi berkata, dia teruja dapat bertindak sebagai juri dalam program Ceria Popstar bersama penyanyi Nurul Wahab dan akan sedaya upaya membimbing para peserta program itu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...