Pages

Monday, September 3, 2012

Bersatulah bawah BN - Najib

ne_07.1

KOTA BELUD - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia bersatu di bawah satu fahaman politik sekalipun berbeza daripada segi budaya dan adat resam.

kepelbagaian budaya dan adat resam itu terutamanya di Sabah merupakan satu keunikan yang perlu dipertahankan

Justeru, katanya, adalah penting untuk rakyat terus bersatu padu di bawah satu kepimpinan politik yakni Barisan Nasional dalam usaha menjamin masa depan negara.

"Kita harus mengambil iktibar daripada sejarah di mana penjajah dapat menguasai kita kerana mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah.

"Kalau kita berbeza daripada segi budaya, kita mesti bersatu daripada segi politik kerana inilah kekuatan yang menentukan masa depan kita," katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Kampung Rampayan Laut di sini semalam.

Turut serta, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansur dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Menurut Najib, kejayaan UMNO dan BN dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan membawa pembangunan dan perubahan kepada negara telah terbukti sejak Malaysia mencapai kemerdekaan 55 tahun lalu.

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...