Pages

Monday, September 3, 2012

Temui ajal selepas tonton bola

ne_06.1

apabila mangsa ditemui meninggal dunia di dalam keretanya.

Rosyuri, 42, ditemui tidak sedarkan diri dengan kesan muntah di tempat duduk pemandu dalam kereta jenis Proton Wira merah oleh orang awam pada pukul 7 pagi semalam….

Perlawanan bola sepak Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV itu berkesudahan Kelantan menang 4-3. Mangsa pergi bersendirian ke stadium itu.

Ketua Polis Daerah Kota Bahru, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan sebelum menemui mayat mangsa di dalam kereta di tepi jalan di simpang empat lorong belakang Al-Quds Travel, Wakaf Siku.

“Siasatan mendapati kali terakhir mangsa dilihat ketika menonton perlawanan bola sepak tersebut. Kita turut menemui kesan muntah berdekatan mayat Allahyarham.

“Bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan mangsa juga mempunyai rekod menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Maziranida Mat Zain, 39, dan enam orang anak. Maziranida memberitahu, kali terakhir dia melihat suaminya adalah pada waktu Maghrib dan lelaki itu mengatakan mahu menonton perlawanan tersebut.

Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...