Pages

Tuesday, June 11, 2013

Zeus Anjing Tertinggi Di Dunia

Zeus- anjing paling tinggiSeekor anjing yang diberi nama Zeus, diambil dari nama bapa dewa-dewa purba Greece kerana kelainannya.

Zeus yang berusia 3 tahun tinggal bersama pemiliknya, Denise di Otsego, Michigan, Amerika Syarikat diumumkan sebagai 'Bapa Anjing'.
Zeus mempunyai ketinggian luar biasa iaitu 111.8cm dan merupakan anjing
paling tinggi di dunia. Saiznya adalah sama dengan kebanyakan keldai. Dengan berat 70.3 kg, Zeus mampu makan kira-kira 2 cawan makanan sehari (bersamaan dengan satu beg makanan). Sebagai anjing yang unik, sudah tentu kos makanan dan ubat-ubatannya adalah mahal.
Untuk membawa Zeus keluar bersiar-siar, Denise terpaksa mendapatkan sebuah van untuk mengangkutnya. Apa yang membuatkan Denise berasa lucu semasa membawa Zeus berjalan-jalan keluar adalah perkara yang paling biasa orang bertanya, iaitu 'Adakah itu anjing atau kuda?'
Zeus telah memecahkan rekod sebelumnya,
anjing yang diberi nama Giant George (baka yang sama)  iaitu kurang 25cm yang menjadikan Zeus anjing tertinggi yang pernah dicatatkan dalam sejarah.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...