SEREMBAN – Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar sebuah lori
dalam satu kemalangan di Kilometer 258.3 Lebuhraya Utara - Selatan, berdekatan Plaza Tol Senawang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, Muhammad Hafiz Abas, 23, yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Farmasi di sebuah hospital di Kuala Lumpur, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang membawa muatan gandum.
“Rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh atas jalan. Dalam masa sama, datang sebuah lori menggilis mangsa.
“Mangsa mengalami cedera parah di kepala dan dada meninggal dunia serta merta di tempat kejadian,
No comments:
Post a Comment