Pages

Tuesday, June 18, 2013

Kubur Mandela sudah sedia?

imageJOHANNESBURG – Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela terus dirawat walaupun keadaannya dilaporkan semakin baik selepas enam hari di masukan ke hospital

Pretoria, Afrika Selatan.

Kubur Mandela sudah sedia?

Tiada laporan baru diberi mengenai keadaan Mandela, 94, namun mengikut kenyataan cucunya Mandla, Mandela atau lebih dikenali sebagai Madiba di kalangan puak Mandela berkata, datuknya semakin menunjukkan tanda-tanda bakal pulih sepenuhnya.

“Madiba kelihatan baik dan menunjukkan reaksi positif ketika kami melawatnya di hospital minggu lalu,” katanya dipetik MailOnline

Sebelum ini, Presiden Jacob Zuma melaporkan, keadaan Mandela serius tetapi stabil.

Kenyataan itu menyebabkan ada pihak menganggap beliau mungkin tidak akan dapat bertahan lebih lama.

Mandela menghabiskan masa 27 tahun di penjara ketika pemerintahan kulit putih yang mengamalkan dasar aparteid sebelum bebas pada 1990 dan menjadi pemimpin kulit hitam pertama, empat tahun kemudian.

Sementara itu, ramai mengandaikan sekiranya pemimpin itu meninggal dunia, beliau akan disemadikan di kampung halamanya di Qanu.

Qanu merupakan tempat di mana Mandela membesar dan ramai kalangan keluarga beliau disemadikan di sebuah tanah perkuburan yang digelar Tanah Perkuburan Mandela sempena mengambil nama keluarganya.

Pemilihan kawasan itu sejajar dengan tradisi puak Xhosa yang mahukan mereka disemadikan bersama ahli keluarga lain.

Akhbar Sun baru-baru ini mendedahkan, bapa Mandela; Mphakanyiswa, ibunya; Nosekeni Fanny dan adiknya; Baliwe turut dikebumikan di kawasan itu.

Anak beliau Makaziwe, yang meninggal dunia pada usia sembilan bulan dan Thembekile, 22, yang terbunuh dalam kemalangan kereta, juga dikebumikan di tanah perkuburan itu

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...