Selain pasangan adik beradik, Uqasha dan Nelydia Senrose, dua beradik ini juga antara pelakon baru yang sekarang sedang ligat dan menjadi rebutan ramai pengarah serta produser. Emma dan adiknya, Cha Cha Maembong, semakin dikenali ramai
Kedua-dua anak kepada pelukis tersohor negara, Ismail Maembong ini berkata, pada awalnya kemuculan mereka dalam dunia lakonan hanya sekadar mengisi masa lapang. Cuma dalam setahun kebelakangn ini mereka mula serius. Biarpun adik yang dulu melangkah ke dunia lakonan, namun Emma yang lewat sedikit, sekarang dilihat lebih menyerlah. Pun begitu, baik Emma mahupun Cha Cha, tiada istilah persaingan sesama mereka.
Bohong kalau kata mereka tidak pernah bergaduh tetapi pengaduhan biasa dalam perhubungan adik beradik. Begitupun dalam soal kerjaya mereka saling membantu, berkongsi pengalaman dan nasihat menasihat antara satu sama lain. Malah kata adik beradik ini, kakak mereka, Yaya Maembong yang juga aktif dalam dunia lakonan dan produksi sering menjadi rujukan mereka.
“Sebenarnya Cha Cha mula berlakon pun sekadar suka-suka. Tapi akhirnya semakin minat dan sejak dua tahun lepas saya buat keputusan nak serius dalam bidang ni. Tambahan pihak pengurusan Zizan Razak tawarkan saya bernaung bawak pengurusan mereka. Walaupun saya masuk dulu dalam bidang ni, tapi kakak Emma yang orang mula nampak dulu, saya tak kisah. Sebab antara kami masing-masing ada kelebihan.
“Kalau dari segi tawaran atau nak hayati watak, kami juga selalu minta pandangan dan bantuan daripada kakak kami, Yaya, sebab dia yang lebih dulu dalam bidang ni “, tutur gadis 19 tahun ini.
Sambil mengiyakan kata-kata si adik, Emma pula bula berkata meskipun mereka berada dalam bidang yang sama tidak timbul rasa cemburu atau irihati. Tidak hanya sebagai adik beradik, ada ketika mereka berkomunikasi seperti kawan dalam berkongsi pengalaman antara satu sama lain.
“Kami tak ada fikir lawan, siapa yang nak naik dulu dan sebagainya. Tak ada rasa cemburu. Kami percaya, kalau kita berikan hasil kerja yang baik, pasti orang akan nampak kita. Memang kami adik beradik. Tapi kadang-kadang tu kami boleh jadi macam member (kawan).
“Kami saling nasihat menasihati lah. Emma selalu kata pada Cha Cha, kalau boleh jangan ada cerita kontroversi atau apa-apa yang boleh menjejaskan karier. Macam dulu, Emma pernah ada isu pasal gambar dengan bekas kekasih Emma, jadi Emma selalu ingatkan Cha Cha supaya berhati-hati, jangan jadi macam Emma dulu”, katanya yang mula dikenali menerusi Kau Yang Terindah.
No comments:
Post a Comment