Pages

Thursday, May 2, 2013

Chef Adu; Zain hanya memperbodohkan diri

Chef Adu

image-1WALAUPUN pelakon Zain Saidin, telah disingkirkan dari dapur MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM 2), kontroversi kelantangannya terhadap juri yang juga chef masih hebat diperkatakan.

Rata-rata menyalahkan kekasih aktres jelita, Rozita Che Wan, ini dan menganggap tindakannya terlalu biadab serta tidak menghormati juri dan tenaga pengajar yang lebih berusia.

Malah, Zain turut mengakui dirinya telah dipergunakan produksi untuk tujuan tertentu dan dijadikan watak jahat dalam drama itu.

Enggan mengambil pusing mengenai situasi itu, chef yang juga juri, Chef Adu Amran, meminta agar perkara ini tidak terus diperbesarkan.

“Sejujurnya, saya tiada masalah dengan Zain ataupun peserta lain. Dalam situasi itu, Zain hanya bertikam lidah dengan Chef Joe.

“Namun, sebagai barisan juri, saya perlu menjernihkan keadaan. Janganlah memperbesarkan hal ini lagi kerana ia hanyalah perkara yang remeh.

“Lagipun, tindakan Zain itu hanya membodohkan diri sendiri dan seharusnya menerima kesilapan itu,” katanya yang tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

Menerusi MSM 2, Zain merupakan selebriti ketiga yang terpaksa meninggalkan rancangan itu setelah Yassin dan Keroz Nazri disingkirkan pada minggu penyingkiran terdahulu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...