Pages

Thursday, May 2, 2013

Akhirnya Zain Membuat Permohonan Maaf Secara Terbuka Menerusi MeleTOP!

zainmohonmaafBaru baru ini Zain yang begitu dikenali sebagai guru di Oh My English telah menimbulkan kontroversi di dalam dapur Masterchef apabila

Zain dilihat melawan kata-kata Chef Adu, Chef Zubir dan Chef Jo sebagai juri dan guru di dalam dapur MCS 2. Kes ini tersebar secara luas di media massa, penulis blogger, dan pendapat individu diatas kelantangan zain mempertikaikan isu isu panas sewaktu program tersebut sehingga mempertikaikan rasa hilang hormat dengan juri yang jauh lebih tua dari Zain.

zainmohonmaaf juri Akhirnya Zain Membuat Permohonan Maaf Secara Terbuka Menerusi MeleTOP!
Zain begitu berani untuk tampil berhadapan dengan chef-chef terutamanya chef Jo untuk memberi pendapat dan tentangan yang disampaikan agak kasar dan kurang hormat. Zain mempertikaikan Dato’ Aznil memenangi cabaran walaupun Dato’ Aznil mengambil nasi yang telah ditanak sendiri oleh kanchana Dewi. Kes itu telah dibesar-besarkan oleh Zain dan membuat rasa kurang hati “guru” dalam masterchef. Namun Chef Jo tetap memberi penjelasan tetapi telah “dipotong” oleh Zain, hal itu menunjukkan sifat kurang sopan oleh seorang artis yang menjadi ikon oleh anak-anak muda.

Atas hal ini, pihak meleTOP telah mengundang kedua-dua pihak iaitu Zain dan para “Guru” di masterchef iaitu Chef Jo, Chef Zubir dan tidak ketinggalan Chef Adu. Kedua-dua pihak diberi peluang untuk bersemuka kembali selepas kes itu berlaku. Maka tidak benarlah seleroh Zain iaitu “Jika tidak diberi peluang, tunggu rayalah baru minta maaf”. Zain mengunakan kesempatan itu untuk meminta maaf secara terbuka terhadap para guru di MCS 2 ini. Dan “guru” di Masterchef telahpun menerima maaf yang diterima daripada Zain. Kerana mereka menganggap Zain sebagai anak sendiri. Jika anak melawan kata, pasti kita akan bertegas dalam hal ini, seperti itulah boleh diumpamakan dalam kes ini.

Tujuan perjumpaan ini, pihak pihak yang ingin melagakan Zain dengan Chef MasterChef akan dapat dihentikan setelah mereka memohon maaf secara terbuka di Stesen Televisyen Meletop! Diharapkan selepas ini Zain tidak perlukan mempertikaikan juri juri MasterChef dengan isu isu yang panas. Buang yang keruh dan ambil yang jernih Zain.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...