Pages

Tuesday, May 7, 2013

Awin Kahwin Izzue Islam Atas Permintaan Keluarga

532013_awinizzue-aPengurus kepada penyanyi dan pelakon, Izzue Islam iaitu Awin Nurin akui perkahwinannya dengan ahli kumpulan Forteen itu adalah atas permintaan keluarga

selepas mereka mengikat tali pertunangan pada Jun tahun lalu.

Awin berkata keluarga kedua-dua belah pihak bimbang melihat keakraban mereka yang sentiasa bersama ke mana-mana tanpa ada ikatan yang sah, lebih-lebih lagi sejak dia menjadi pengurus Izzue Islam 3 tahun lalu.

"Sebenarnya kami kenal sejak 5 tahun yang lalu dan dalam jangka masa kami berkawan itu timbul rasa cinta tetapi pada waktu itu, kami hanya menjalinkan hubungan cinta yang biasa saja dan tidak suka menunjuk-nunjuk.

"Kemudian atas permintaan keluarga, kami mengikat tali pertunangan dan membuat keputusan untuk berkahwin dalam masa yang agak singkat. Yelah, sebagai orang tua mereka pasti risau lihat kami yang belum ada ikatan yang sah ini bersama-sama ke mana sahaja Izzue berkerja. Padahal saya juga menjalankan tugas sebagai seorang pengurusnya.

"Selain itu, saya juga merasakan sudah tiba masa dan jodoh kami untuk bersatu selepas beberapa tahun bercinta," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Jelas, dia dengan Izzue iada niat untuk berselindung atau menyembunyikan hubungan cinta mereka daripada diketahui umum dan media. Tetapi, tindakan itu dilakukan demi menjaga hubungan mereka yang ketika itu masih berdarah manis.

"Yelah, orang kata peringkat ini sangat rapuh bagi sebuah hubungan, jadi kami tidak mahu cerita-cerita yang tidak baik timbul. Tapi, bila kami dah buat keputusan untuk berkahwin, saya kini terbuka untuk menwar-warkannya kerana ianya perkara yang baik.

"Kami tahu peminat pasti faham dengan situasi kami kerana mereka kini lebih berfikiran terbuka," jelasnya lagi

Pasangan ini akan bernikah dan mengadakan resepsi di dalam sebuah dewan yang terletak di Shah Alam pada hari saya sama iaitu 2 Jun 2013

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...