Pages

Monday, April 29, 2013

Saya dan Elfira Loy Hanya Rakan Artis -Zizan Razak

2013-04-28_183017Begitulah nasib insan yang bergelar artis apbila setiap sudut perilaku mereka diperhatikan dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai gosip.

Begitu juga dengan pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak yang terpaksa melalui pahit manis dalam mengecapi populariti yang datang seiring dengan kerjaya yang kini berada di puncak.

Dalam masa kurang daripada sebulan, tiga orang selebriti muda dan cantik telah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya.

Daripada pasangan duetnya, Kaka Azraff ke Emma Ma'embong dan yang terbaru digosipkan pula dengan aktres Elfira Loy.

Malah ketika dihubungi portal murai.com.my, pengacara Melodi itu menafikan dakwaan bahawa dia dan Elfira Loy mempunyai hubungan istimewa.

"Saya tidak dapat menghalang orang ramai atau sesiapa saja yang mahu mengaitkan saya dengan mana-mana wanita.

"Itu semua hak mereka untuk membuat andaian dan meneka.

"Selagi nama sebenar tidak keluar dari mulut saya, maknanya itu adalah andaian semata-mata.

"Semua tahu, artis adalah milik masyarakat dan kami diperhatikan.

"Mungkin andaian itu menyumbang kepada cerita-cerita yang kurang tepat.

"Saya mengenali Elfira Loy sebagai rakan artis dan memang dia seorang gadis yang baik.

"Personalitinya pun menarik dan saya senang mempunyai teman seperti dia,"jawab Zizan tentang gosip cinta dia dan Elfira Loy.

Mengenai hadiah harijadi daripada wanita misteri yang didakwa kekasih hati Zizan dan nama Elfira disebut ketika mula cerita ini tersebar, Zizan memilih untuk merahsiakan perkara tersebut.

"Hadiah telefon bimbit itu siapa yang memberinya? Saya terpaksa rahsiakan siapa yang memberinya.

"Saya tidak kata bukan dari Emma atau Elfira atau sesiapa. Biarlah rahsia,"ujar Zizan sambil berseloroh.

Dikaitkan dengan ramai selebriti cantik dan top, Zizan tidak menolak jika dipertemukan jodoh dikalangan mereka.

Zizan turut menjelaskan sekali lagi mengenai wanita yang telah disebut-sebut sebagai kekasihnya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...