Pages

Monday, April 29, 2013

BETUL KE PUTERI SARAH BERCINTA DENGAN SYAMSUL YUSOF

syamsul-puteri-sarahPelakon dan model Ammar Alfian Aziz mendedahkan bekas kekasihnya Puteri Sarah Liyana sedang menjalinkan hubungan dengan pengarah filem popular Syamsul Yusof.

Bagaimanapun Ammar, 26, berkata, dia berasa pelik kenapa Puteri Sarah, 28, merahsiakan hubungan itu selain mendakwa dirinya masih solo sedangkan mereka sudah menjalinkan cinta  sejak Oktober tahun lalu. “Mereka mula akrab sejak Oktober 2013 dan kami putus pada Disember 2013. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak.
“Tanyalah Datuk Yusof Haslam (bapa Syamsul) tentang hubungan mereka dan lihatlah apa jawapannya. “Saya mendedahkan perkara ini kerana saya sudah bosan apabila dia (Puteri Sarah) sering memburukkan nama saya di media serta krew-krew produksi lain. Adakah itu sikap dia sekarang ini?,” katanya. Puteri Sarah dalam sebuah akhbar pada Ahad mendakwa hubungan cintanya dengan Ammar selama hampir lima tahun merupakan satu pembaziran dan dia tidak menyesal dengan perpisahan itu.

Laporan berkenaan turut menyebut Puteri Sarah dilaporkan sedang mengenali isihati pengarah filem popular selepas mereka digandingkan dalam sebuah drama bersama tetapi ia dinafikan oleh Puteri Sarah. Beritahu Ammar pula, sepatutnya selepas bertukar imej dengan bertudung, Puteri Sarah tidak wajar menceritakan perihal peribadi selain memburuk-burukkan perhubungan mereka dahulu. “Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi Islam yang lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya. “Bagaimanapun saya dah lali kerana sepanjang kami bersama pun dia sering memburukkan saya.

Dalam pada itu usaha untuk mendapatkan penjelasan Puteri Sarah dan Syamsul tidak kesampaian kerana panggilan telefon tidak dijawab. Bagaimanapun Yusof Haslam pula mengambil pendekatan enggan memberi sebarang komen mengenai perkara berkenaan. “Saya membuat keputusan untuk tidak mengulas perkara itu,” katanya ringkas.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...