Pages

Monday, September 3, 2012

Dua kereta paparazi kejar Bieber berlanggar

download (1)

LOS ANGELES - Penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber tidak terlibat dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kereta paparazi pada Jumaat lalu, lapor akhbar Toronto Sun kelmarin….

Ketika kejadian, Bieber, 18, memandu kereta sport Fisker Karma hibrid miliknya di Ventura Boulevard di sini.

Dia pada mulanya ditahan seorang anggota peronda lebuh raya California selepas terdapat sebuah kereta mengekori kenderaannya dari jarak dekat.

Bieber kemudian memberitahu anggota peronda tersebut bahawa kereta yang mengekorinya itu membawa pengawal keselamatannya.

Portal hiburan TMZ.com melaporkan, dua paparazi kemudian bergegas ke tempat Bieber ditahan bagi merakamkan gambarnya.

Bagaimanapun, kereta yang dinaiki kedua-dua paparazi tersebut hilang kawalan menyebabkan berlaku perlanggaran.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat berhubung kejadian tersebut. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...