Pages

Monday, September 3, 2012

Anggota polis ditahan khayal dadah

ne_02.1

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis seolah-olah tidak serik mengambil dadah walaupun pernah ditahan atas kesalahan sama apabila dia sekali lagi dicekup ketika sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Ipoh, Batu 4 1/2, Sentul ….

Anggota polis berusia 30 tahun yang pernah digantung tugas selepas didapati positif dadah tersebut ditahan bersama 46 individu lain yang turut berada di premis berkenaan pada pukul 2.30 pagi.

Difahamkan, ketika serbuan, lelaki berkenaan sedang berhibur bersama tiga rakan lelaki dan seorang wanita di dalam sebuah bilik di premis itu.

Sumber memberitahu, anggota polis berkenaan yang telah lapan tahun berkhidmat di Bahagian Narkotik Bukit Aman didapati positif syabu selepas menjalani ujian air kencing.

“Anggota polis tersebut yang masih bujang sebelum ini pernah digantung kerja kerana positif dadah pada hujung 2011,” katanya.

Tambahnya, dalam serbuan itu, polis memeriksa 64 pengunjung dan 47 daripadanya ditahan selepas didapati positif pelbagai jenis dadah.

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...