Pages

Monday, December 9, 2013

Tip Keselamatan Wanita Di ‘Parking Lot’

1112-565x423TEMPAT meletak kereta adalah antara sasaran penjenayah melakukan kegiatannya seperti culik, samun, serangan fizikal dan sebagainya. Terdapat beberapa tips keselamatan untuk

anda ketika berada di tempat letak kereta.

1. PILIH KAWASAN LETAK KERETA – Jika anda mempunyai pilihan letaklah kenderaan anda di kawasan yang mempunyai sistem keselamatan seperti kamera litar, peronda dan yang berpagar.

2. LETAK DIPETAK BERLAMPU – Walaupun anda tiba waktu siang dan merancang pulang sebelum malam, kemungkinan untuk pulang lewat memang ada. Justeru, letak kereta di petak di bawah cahaya lampu terang.

3. TUNGGU SEBENTAR – Sebaik sahaja meletakkan kenderaan, jangan terus matikan enjin, perhatikan persekitaran dulu. Jika anda selesa, barulah matikan enjin dan keluar dengan cepat dan tanpa berlengah.

4. JANGAN BERLENGAH – Sebaik sahaja keluar daripada kereta, kunci dan terus beredar menggunakan laluan kenderaan ke destinasi anda. Jangan lalu di antara celah kenderaan disitu.

5. PERHATIKAN KAWASAN LETAK KERETA – Apabila hendak pulang ke kereta, imbas persekitaran terlebih dahulu. Waspada terhadap individu yang mencurigakan terutama yang duduk di dalam kenderaan sambil memerhatikan anda kerana mereka mungkin penjenayah yang menanti peluang atau merancang melakukan jenayah

6. PASTIKAN KUNCI SENTIASA DI TANGAN – Pegang kunci kereta ketika hendak kembali semula ke kereta. Anda tentunya tidak mahu teraba-raba mencari kunci dan memberi peluang penjenayah menyerang anda daripada belakang.

7. MASUK SEGERA – Buka pintu dan masuk ke dalam kereta dengan segera tanpa berlengah. Perbuatan menanggalkan kot atau menyusun barang yang dibawa masuk mendedahkan anda kepada bahaya untuk diserang.

8. TARIK PERHATIAN JIKA DIHALANG – Jika kereta anda dihalang, tarik perhatian orang ramai dengan membunyikan hon, menghidupkan siren kecemasan dan menyalakan lampu hadapan. 9. DAPATKAN BANTUAN – Sekiranya anda mengesyaki sesuatu dapatkan bantuan keselamatan dengan segera.

Sumber

1 comment:

  1. Bagus juga benda ni. Yang penting sekali, bila dah masuk kereta, kunci dulu kereta. Baru start kereta. hehehehe...

    ZH Blogger

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...