Pages

Wednesday, December 4, 2013

Banjir semakin bahaya

ne_01.1KUALA LUMPUR - Banjir di tiga negeri akibat hujan lebat berterusan sejak lima hari lalu mengakibatkan

lebih 19,000 mangsa di tiga negeri terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.

Di Pahang, senario banjir di negeri itu kian buruk apabila seramai 9,030 mangsa yang melibatkan 2,095 keluarga di lima daerah iaitu Kuantan, Maran, Pekan, Rompin dan Jerantut telah dipindahkan ke 69 pusat pemindahan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan lebih 100 kereta dilaporkan tenggelam di seluruh Pahang.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang turut mengesahkan bandar Kuantan lumpuh apabila kebanyakan laluan jalan raya di sekitar bandar itu dinaiki air melebihi satu meter.

"Kuantan mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,672 orang membabitkan 916 keluarga di 33 pusat pemindahan.

"Di Rompin pula, sebanyak 859 keluarga dengan 3,249 mangsa terlibat dan ditempatkan di 13 pusat pemindahan,

Sumber

1 comment:

  1. Musim la kak sekarang. Bila hujan tanpa henti tu yang banjir. Apa pun kita mampu berdoa supaya mangsa banjir selamat.

    ZH Blogger

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...