Pages

Friday, September 20, 2013

Kuburmu Kediamanku - Tinggal Dalam Kubur Selama 15 Tahun

Seorang bekas pekerja binaan mengaku dia tidur bersama mayat sejak 15 tahun lalu selepas berpindah ke tanah perkuburan di
Nis, Serbia. Bratislav Stojanovic berkongsi liang lahad dengan abu mayat sebuah keluarga yang mati lebih 100 tahun lalu. Menurut Stojanovic, 43, sebagai orang yang tiada rumah, dia terpaksa menjadikan kubur sebagai tempat tidur.

“Saya membuat beberapa ubah suai pada kubur berkenaan dan selepas itu, saya selesa di situ,” katanya. Selain kering, hangat dan dilengkapi lampu, Stojanovic berkata, liang lahad itu adalah syurganya. “Ia bukan sehebat istana, tetapi ternyata lubang itu jauh lebih selesa berbanding tidur di jalanan,” katanya.

Tidak pernah memiliki kerja tetap, Stojanovic terpaksa melepaskan rumahnya di Nis apabila dibelenggu dengan masalah hutang yang banyak. Selepas berbulan-bulan berkeliaran di jalanan, Stojanovic mengambil keputusan berpindah ke kubur itu untuk berlindung daripada cuaca sejuk dan gelap.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...