Pages

Friday, August 2, 2013

Dipecat Kerana Hidang Babi Pada Pelajar

Hidangan-Babi-565x366Cambridge – Seorang penyedia makanan di Sekolah Rendah Queen Edith  dipecat selepas dia dikatakan secara tidak sengaja menyediakan hidangan babi kepada murid Islam

di sekolah berkenaan.

Alison Waldock, 51, telah bertugas selama 11 tahun di sekolah terbabit.

Perkara itu disedari oleh guru besar sekolah terbabit dan dia berjaya menghalang murid beragama Islam berusia tujuh tahun itu daripada makan hidangan haram berkenaan.

Guru besar tersebut juga nyata tidak gembira dengan keadaan tersebut.

Ibu bapa murid tersebut, Zahid dan Rumana Darr kemudiannya membuat aduan kepada sekolah dan syarikat yang membekalkan makanan kepada sekolah terbabit.

Dalam pada itu, Zahid dan Rumana mendakwa pihak sekolah memaklumkan kepada mereka bahawa Waldock tidak peduli dengan kesalahan yang dilakukannya itu.

“Pihak sekolah memberitahu bahawa wanita itu tidak peduli atau tidak ambil tahu,’’ katanya.

Sementara itu, kumpulan komuniti Muslim4UK dalam satu kenyataan berkata, majoriti ibu bapa Islam memahami kesalahan yang dilakukan itu.

“Memecat seorang pekerja kerana tidak sengaja menyediakan hidangan daging babi adalah keterlaluan.

“Sebaliknya, cara paling berkenaan bagi menangani kesalahan itu ialah meningkatkan kesedaran murid-murid mengenai pemakanan mereka dan dalam masa sama memohon maaf pada murid-murid dan ibu bapa.

“Kita semua manusia biasa dan melakukan kesalahan,’’ kata jurucakap pertubuhan itu.

Sekolah rendah Queen Edith mempunyai pelajar daripada pelbagai keturunan dan etnik.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...