Cinta itu buta dan di Malaysia terbukti gadis Melayu yang dahagakan cinta lelaki sanggup merempat
di bawah jambatan sungai klang bersama suaminya dalam keadaan yang hina. Maya, 23, suaminya, Zaki, 29, serta bayi lelaki mereka dipaksa pulang ke pangkuan keluarga di Arau, Perlis namun mereka tidak menghiraukannya. Bayi yang baru lahir tersebut menjadi mangsa akibat kebodohan 2 mangkuk yang hanyut mengejar cinta agung mereka.
Menurut sumber, terjadi insiden perebutan bayi yang berlaku di pekarangan Wad Bersalin Hospital Kuala Lumpur antara Maya dan tiga abang serta bapa saudaranya yang datang dari Perlis untuk mengambil mereka bertiga sebaik pasangan merempat itu dibenarkan keluar pada hari sama. bukan nak menghina dengan mereka ini, cuma anda sendiri bayangkan bagaimana kehidupan bayi tersebut sekiranya dia membesar di bawah jembatan?
No comments:
Post a Comment