Jika bun burger berwarna hitam, kita sudah biasa dengar dan lihat di Malaysia ini.
Namun di Jepun,
peniaga di sana telah mereka cipta sosej yang diperbuat daripada isi perut sotong yang berwarna hitam.
Ini sekali gus memberikan kelainan kepada penciptaan sosej sedunia yang selama ini hanya berwarna coklat kemerahan.
Kebanyakan penduduk di sana ternyata suka dengan hot dog isi perut sotong tersebut dan hampir setiap hari jualannya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mereka yang menyukainya.
Mungkin peniaga di sini boleh pula menceduk serba sedikit idea untuk mempelbagaikan jenis sajian buat pelanggan mereka.
No comments:
Post a Comment