Pages

Tuesday, July 16, 2013

Pasangan Pontianak Ketagih Darah

Pasangan-Pontianak-565x375London – Dua pasangan sejoli, Lia Benninghoff dan Aro Draven mempunyai tabiat yang pelik dan gila iaitu kedua-duanya suka minum darah.

Menurut Lia, 20,dia mula sukakan darah selepas menjalinkan hubungan dengan Aro, 38, yang juga bapa kepada lima orang anak.

“Apabila Aro memberitahu saya bahawa dia adalan pontianak, saya berasa teruja. Ini kerana saya tidak menyedari bahawa pontianak wujud,’’ katanya.

Lia berkata, selepas tiga minggu menjalinkan hubungan, Aro telah menukarkannya menjadi pontianak, dalam satu majlis berkongsi darah yang disambut oleh mereka berdua.

“Apabila Aro menerangkan kepada saya bahawa perkongsian darah ini akan mendekatkan lagi hubungan kami berdua, maka saya meminta dia menukarkan saya kepada pontianak.

“Aro menghiris lengannya dengan pisau di bahagian belakang tangan dan kemudian menawarkan darah kepada saya sebelum dia pula meminum darah saya,’’ katanya.

Selepas minum darah itu, Lia berkata, tenaganya tiba-tiba bertambah dan mula menyukai darah.

Untuk memenuhi tabiatnya yang pelik itu, Lia minum darah sekurang-kurangnya empat kali sehari dan akan berasa lemah jika tidak berbuat demikian.

Selain minum darah mereka sendiri, pasangan pelik itu juga membeli darah babi yang dijual di pusat penyembelihan.

Namun Lia menegaskan bahawa orang awam tidak perlu takut kepadanya, kerana dia bukan menghisap atau menggigit darah orang lain.
Sebaliknya hanya berkongsi darah dengan pasangannya, itu pun selepas mereka menjalani ujian darah.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...