Pages

Wednesday, July 24, 2013

Didenda Bawa Kuda Masuk McDonald’s

KudaMcDonalds-565x538Di Malaysia kita sesekali melihat orang membawa anjing ke hotel, restoran dan dalam kereta ketika memandu. Di Manchester, mereka bawa kuda ke dalam restoran McDonald’s

Kejadian itu menyebabkan kakitangan sebuah cawangan restoran makanan segera itu di Greater Manchester, United Kingdom tergamam selepas seorang wanita membawa masuk kudanya sekali untuk membeli makanan.

Penunggang kuda itu yang tidak diketahui namanya, didenda kerana membawa masuk haiwan tunggangannya dan membahayakan keselamatan orang ramai.

Menurut pihak polis, wanita itu telah mencetuskan ketegangan dan kebimbangan kepada pelanggan di dalam restoran.

KudaMcDonald's01

Lebih kelakar, pada mulanya wanita itu cuba untuk membuat pembelian di laluan pandu lalu restoran itu tetapi tidak dibenarkan kerana dia menunggang kuda.

Selepas dilarang sebegitu, dia bertindak masuk ke dalam restoran dengan kudanya sekali sehingga menyebabkan dia didenda.

Jurucakap McDonald’s berkata kesihatan dan keselamatan pelanggan merupakan keutamaan restoran itu dan oleh sebab itu restoran berkenaan tidak membenarkan pembelian di kaunter pandu-lalu untuk pejalan kaki, penunggang basikal dan penunggang kuda.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...