Pages

Wednesday, July 24, 2013

Gambar Penyelamatan Perempuan Dari Aksi Bunuh Diri

bunuh diri 4Seorang perempuan di China Selatan berusaha bunuh diri dengan melompat dari bumbung bangunan

setinggi 30,5 meter.
Surat khabar the Daily Mail melaporkan, Isnin (20/8), perempuan bernama Sheng Fi itu ditolong seluruh keluarganya dan anggota penyelamat bangunan. Para penolong tidak tahu sebenarnya Fi merasa bersalah sebab membaling anak saudara dia berusia 4 tahun dari bumbung sama.
Pihak berwajib tempatan mengatakan keluarga Fi berusaha mengelakkan kematian perempuan itu. Awalnya puteri Fi datang ke ibunya dan menasihati agar dia berfikir semula atas tindakannya. "Tapi Fi akan tetap mati. Bukan kerana bunuh diri, tapi kerana hukuman mati akan dijatuhkan padanya sebab membunuh anak saudaranya," polis mengatakan.
Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) China menjadi salah satu negara peringkat bunuh diri cukup tinggi, di bawah Latvia, Kazhakstan dan Korea Selatan.
Pada 2010 sekitar 22 peratus dari seratus ribu orang tewas bunuh diri. Tahun lalu Jurucakap Biro Kesihatan Beijing Mao Yu mengatakan sekitar dua juta penduduk usia 15-34 tahun mengakhiri hidupnya dengan alasan berbeza-beza.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...