Pages

Wednesday, July 24, 2013

William, Kate Tampil Bersama Bayi Diraja

William-KateLONDON – Putera William dan isteri, Kate Middleton membuat penampilan sulung bersama bayi lelaki yang juga bakal raja Britain

yang selamat dilahirkan semalam, sebaik mereka keluar dari hospital hari ini.

Dengan tersenyum Kate memberitahu media antarabangsa yang berkumpul menunggunya di luar pekarangan Hopital St Mary, bahawa bayi itu ‘amat emosional’ manakala William pula berkata mereka masih lagi memilih nama yang sesuai untuk putera sulung itu. Malah, Williah dengan nada berjenaka berkata, beliau baru selesai menyalin kain napkin bayinya itu.

Bayi yang waris takhta ketiga Britain itu dibalut dengan selimut putih turut disambut dengan meriah orang orang ramai di luar pekarangan hospital.

“Ia saat yang amat istimewa,” kata Kate yang berusia 31 tahun itu yang kelihatan ceria.

“Saya fikir sebagai ibu bapa baru memahami apa perasaan yang kami alami sekarang,” katanya.

Bayi diraja itu lahir jam 4.24 petang waktu tempatan semalam.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...