Pages

Sunday, July 28, 2013

Didakwa Rogol Dalam Semak

mohd_saifulAYER KEROH – Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah atas pertuduhan merogol

gadis bawah umur di dalam semak, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Saiful Mohd Shah, 20, dari Taman Krubong Utama membuat pengakuan itu selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Azahaniz Teh Azman Teh.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Saiful didapati merogol seorang gadis berusia 14 tahun lapan bulan di kawasan semak, Kampung Krubong antara jam enam dan tujuh petang pada 21 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...