Pages

Saturday, June 22, 2013

Video Penyamun Lelaki Warga Asing Ditembak Mati Di Klang

KLANG: Seorang lelaki warga asing berusia 25 tahun maut ditembak sewaktu cuba menyamun RM50,000 seorang pengurus sebuah kilang dalam kejadian di Jalan Kapar, di sini, tengah hari tadi (19 Jun 2013)

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengahari itu, suspek maut ditembak pengawal peribadi pengurus berkenaan selepas kereta yang dinaiki suspek menghalang kereta yang dinaiki pengurus berkenaan dan suspek cuba memecahkan cermin penumpang belakang untuk melarikan wang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, pengawal peribadi terbabit keluar dan terus melepaskan dua das tembakan di mana tembakan kedua tepat mengenai belakang kepala suspek.

Selepas menyedari rakan mereka ditembak, rakan suspek yang menaiki dua kereta berasingan terus memecut melarikan diri menuju ke jalan utama tanpa sempat menyamun wang berkenaan.

Suspek maut serta merta ditempat kejadian dan mayat di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 -
Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...