Peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia, samada anda melakukan kesalahan atau tidak, janganlah hendaknya melawan dan menghalang tugas anggota polis
yang membuat pemeriksaan, itu sudah tugas mereka. Jangan melawan dan menimbulkan bahaya serta ancaman nyawa kepada pihak polis mahupun diri sendiri. Patuhilah undang-undang negara.
Awal pagi ini semasa polis melakukan rondaan cegah jenayah telah memeriksa sebuah kereta yang di dalamnya ada dua gadis Melayu di sebuah taman rekreasi Seremban. Malangnya pasangan terbabit enggan keluar dari kenderaan sebaliknya memecut kereta yang dipandunya dengan laju dan berbahaya tanpa menghiraukan lampu isyarat merah hinggalah sampai di hadapan kem askar wataniah Rasah.
Anggota cegah jenayah sekali lagi mengarahkan pemandu kenderaan supaya keluar dari kenderaan untuk di periksa. Tiba tiba kenderaan tersebut telah dipandu mengundur dan melanggar motosikal anggota ronda cegah jenayah terbabit. Kenderaan tersebut menghala ke hadapan semula dan anggota rcj telah melepaskan satu das tembakan dan terkena cermin tingkap hadapan sebelah kiri dan terkena pipi pemandu.
Apa apa la nk lari smpai camtu.
ReplyDelete