Pages

Tuesday, June 25, 2013

TEMURAMAH EKSKLUSIF GADIS BERUWANG : MAS NAWAITU SOBIRIN

 Pasti anda tertanya-tanya siapakah gadis di sebalik video yang bertajuk Gadis Beruwang yang menjadi viral dan perhatian ramai di
laman sosial. Ikuti temuramah eksklusif dengan Masitah atau lebih dikenali sebagai Mas Nawaitu Sobirin di mazeermohamad.com.

Bila kali pertama Mas mula berminat dengan dunia lakonan, nyanyian dan solekan? Dan bila Mas mula bergiat aktif berkongsikan video laman Youtube?

"Terus terang saya katakan, sejujurnya saya minat dengan seni berlakon dan nyanyian ni sejak kecil lagi. Memang saya amat gemar sekali! Saya masih ingat lagi, ketika saya dalam usia 6-7 tahun, saya dah mula berangan untuk menjadi seorang DJ Radio dan mengendalikan rancangan sendiri dan sebagainya. Memang seronok! Saya juga pernah melakonkan bermacam watak secara sendiri. Pendek kata, jiwa saya memang jiwa seni. Solekan pula sejak usia saya dalam 21-22 tahun, saya lebih serius dengan solekan sehinggalah ke saat ini. Dan saya mulai bergiat aktif di Youtube, sejak daripada tahun lalu , yakni 2012. Tapi masa tu, saya sekadar merakamkan lebih kepada video nyanyian aje, video lakonan memang tiada masa tu." Katanya sambil ketawa.

Mas mula popular dengan video "Gadis Beruwang". Apakah perasaan Mas ketika mendapat tahu video Mas telah menjadi viral? Apa pula perasaan Mas bila ramai yang mengkritik video itu?

"Okay, sejujurnya saya katakan pada mulanya sudah tentu saya rasa marah, bingit dan sedih. Perasaan negatif itu menyelubungi saya, sebaik aje pertama kali saya mendapat tahu yang video saya menjadi viral. Iyerlah, manakan tidak, tak pernah-pernah video saya jadi viral, inilah baru pertama kali pengalaman sebegini terjadi dalam hidup saya. Akan tetapi, saya amat bersyukur kerana mempunyai sokongan yang kuat daripada orang-orang sekeliling seperti mama dan ayah saya yang tersayang, serta kawan-kawan laman saya, yang tak putus-putus memberikan sokongan serta kata-kata perangsang dan semangat pada saya. Dari situ, ia membuatkan saya terfikir, istighfar, dan cuba bertenang serta mengambil semua yang berlaku ini sebagai satu hikmah dan juga sebagai sesuatu yang positif. Alhamdulilah, akhirnya saya mampu menghadapi dan menerimanya dengan hati yang terbuka." Kata Mas gadis yang berasal dari Singapura.

Mas kini mula dikenali ramai dan sudah ada ramai peminat. Apakah pesanan Mas kepada pengkritik-pengkritik di luar sana?

"Alhamdulilah, jutaan terima kasih saya ucapkan seikhlasnya kepada semua para peminat serta penyokong saya. Apa yang boleh saya katakan kepada pengkritik di luar sana adalah, hakikatnya kita tidak mampu untuk puaskan hati semua orang, itu sangat mustahil! Setiap orang ada perspektif yang berbeza. Jadi, biarlah. Terpulanglah kepada individu. Sekurang-kurangnya saya tidak hipokrit! Yang pastinya, ini adalah diri saya yang sebenar, ini adalah bakat saya yang Allah anugerahkan kepada saya dan saya amat menghargainya serta mensyukurinya. Nawaitu atau niat saya adalah untuk berkongsi bakat saya serta menghiburkan orang agar orang rasa terhibur." Sambung Mas lagi yang dipetik dari BLOG MAZEER.

Sekiranya ada syarikat lakonan, nyanyian dan radio yang tertarik dengan bakat Mas dan menawarkan Mas untuk menjadi pelakon, penyanyi atau DJ untuk syarikat mereka, adakah Mas sudi menerima tawaran itu?

"In shaa Allah saya akan menerimanya jika keadaan dan masa mengizinkan, segalanya pasti berjalan dengan lancar." Sambung Mas dengan nada sedikit tergelak.

Apakah perangcangan masa depan Mas?

"Apa yang boleh saya katakan adalah, masih jauh lagi perjalanan saya. Cuma saya sentiasa mengharapkan yang terbaik, In shaa Allah. Saya akan teruskan perjuangan saya, minat saya yang amat mendalam di dalam bidang seni ini. Saya akan terus berkarya, cuba menghiburkan orang dengan membuat video seperti biasa. Selama saya diberi kesihatan, kesempatan serta idea oleh Allah swt. Dan akhir sekali, saya ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua penyokong-penyokong serta peminat saya. Teruskan menyokong okay dan tak lupa kepada BLOG MAZEER kerana sudi mewawancara saya. Terima kasih!"


TONTON VIDEO MAS BERUWANG YANG MENJADI PERHATIAN RAMAI DI BAWAH.


Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...