Pages

Tuesday, June 18, 2013

Taukeh Cucur Badak, Karipap Sejuk Beku,Kerjaya Terbaru Almy Nadia

imagesLama juga tak dengar khabar berita tentang pelakon Almy Nadia.

Kalau beberapa bulan lalu ketika nama Fizz Fairuz panas dengan isu tunangnya, nama Almy tak terlepas dikaitkan sama. Tak lama selepas itu, nama Almy kembali sepi daripada publisiti.

“Tak ke mana. Saya sibuk shooting, bisnes dan anak”, ucap Almy Nadia memulakan perbualan. Almy yang baru selesai menjalani penggambaran drama Roboh untuk siaran RTM, ditemui di malam Anugerah Blockbuster 2 yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya, Johor Bahru (MBJB), Johor, pada Sabtu lalu.

Seperti kebanyakan artis sekarang yang lepas seorang demi seorang menceburkan diri dalam dunai perniagaan, Almy juga tidak ketinggalan melibatkan diri. Tetapi kata Almy berniaga pernah sama sekali ada perancangannya. Sebaliknya idea tersebu datang secara tiba-tiba dan baginya tidak kalau dia mencuba. Lagipun sekurang-kurangnya ada juga perancangan awal untuk masa hadapan.

“Saya juga sibuk dengan bisnes cucur badak dan karipap sejukbeku (frozen), Karipap Frozen Almy Nadia. Baru jer sebenarnya saya mulakan perniagaan ni. Sebelum ni saya memang tak pernah rancang pun nak berniaga. Semua ni perancangan saat akhir.

“Mak saya selalu buat cucur badak lepas tu saya rasa sedap, jadi saya terus cakap pada mak saya, apakata kita buat berniaga kecil-kecilan. Saya turut sama bantu ibu saya buat kuih-kuih tu. Buat masa ini pasarannya hanya di sekitar Pulau Pinang dan Kuala lumpur”, katanya yang kini sedang menyusun satu persatu langkah untuk memperbesarkan lagi perniagaannya secara perlahan lahan.

Selain itu, dalam kesibukan berniaga dan menjalani penggambaran, Almy juga tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap anak angkatnya, Nur Afrina Darwisya, yang kini berusia 4 tahun.

Biarpun ditinggalkan anak kecil itu bersama ibunya di Pulau Pinang, namun menjadi kemestian bagi Almy pualng ke rumah ibunya hampir setiap hujung minggu. Tetapi bergantung jua pada jadual kerjanya di sini.

“Asal ada masa jer saya mesti balik jenguk anak saya. Saya tak kisah walaupun terpaksa memandu jauh dan berulang alik, demi anak saya”, katanya yang semakin berseri-seri wajahnya sekarang ni.

Ditanya apa rahsia Almy sehingga kini kelihatan cantik, dengan ringkas dia berkata, “Tak ada rahsia apa-apa. saya memang ada amalkan jamu dan petua-petua tradisional”. Misalnya daripada beberapa bahan semula jadi saya campurkan dan saya buat mask untuk hilangkan jerawat dan menyegarkan kulit saya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...