Pages

Thursday, June 20, 2013

Raja Azmi Bercinta Dengan Basist CRK Rupanya…

06192013_rajaazmi_eddie-a-565x376Murai Batu percaya ramai yang sudah maklum bahawa hubungan di antara produser filem penuh kontroversi iaitu

Raja Azmi Raja Sulaiman dengan pemuzik muda bernama Hafiz sepertimana yang pernah diuar-uarkan dulu, tidak menjadi atas sebab-sebab yang tertentu.

Namun, sebaik saja putus hubungan dengan Hafiz, Raja Azmi nampaknya telah pun menemui pengganti baru yang juga seorang pemain bass. Menariknya, si pemain bass yang bernama Eddie ini usianya bakal memasuki 45 tahun pada tanggal 4 Julai ini.

Manakala, Raja Azmi pula bakal mencecah usia 54 tahun pada tanggal 27 Jun. Eh! Terbalik pulak usia diaorangkan? Tapi, sekurang-kurangnya, jarak usia diaorang takdelah jauh beza sangat iaitu 9 tahun saja.

Kalau Raja Azmi berstatus janda 3 anak dengan 2 cucu selepas genap setahun bercerai dengan suaminya, Jailani Sidek pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke53 pada tahun lalu, Eddie pula merupakan duda anak dua selepas kematian isterinya.

Dan, Eddie pula bukanlah seorang pemuzik biasa. Maksud Murai Batu, sebelum ini, dia pernah menganggotai kumpulan CRK yang pernah hits dengan lagu Cinta dan Airmata waktu zaman mengecapi zaman kegemilangan mereka pada awal 90-an dulu.

Korang ingat tak? Alah…mana-mana yang suka dengar radio Sinar atau suka nyanyi lagu-lagu rock kapak dekat pusat-pusat karaoke, mesti kenallah dengan kumpulan CRK ini.

Selain Eddie, CRK turut dianggotai oleh Kamal selaku vokalis, Syam yang pernah menyertai kumpulan Wings (gitaris), Shamrani (keyboardist) dan Ujang (drummer).

Manakala lagu mereka lain yang turut diingati adalah Anugerah, Kita Yang Bernama Manusia serta Kiasan Cinta.

Untuk makluman semua, hubungan cinta yang terjalin di antara mereka sudah masuk 5 bulan tetapi masing-masing lebih suka merahsiakannya kerana mahu mengenali hati budi masing-masing.

Tapi, kini keluarga masing-masing sudah pun tahu tentang hubungan mereka. Begitu juga dengan anak-anak mereka. Malah, baik Raja Azmi mahu pun Eddie sudah pun memperkenalkan anak-anak masing-masing di antara satu sama lain. Selebihnya, korang tunggulah cerita selanjutnya di Murai esok ya!

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...