Pages

Wednesday, June 19, 2013

Perempuan itu memang gila dan psiko - Shah Jaszle

shah jaszle dan redzwani puteriItulah antara kenyataan balas pelakon drama Asmara, Shah Jaszle ketika ditanya oleh pihak media semalam berkenaan gambar dan pengakuan seorang wanita yang ditangkap khalwat bersama beliau

di sebuah Apartment Taman Sri Subang, Selangor empat minggu lepas menerusi rancangan Melodi di TV3.
Menurut Shah Jaszle, wanita itu memang sengaja ingin memutuskan hubungannya dengan tunangan, Redzwani Puteri dan sekaligus menolak dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan wanita berkenaan, dipetik dari
ohbulan.
"Kami kenal tiga minggu saja, jadi bagaimana dia boleh mendakwa kami mempunyai hubungan istimewa? Dia mengeluarkan gambar kami berdua, seolah-olah hendak membuktikan kami mempunyai hubungan intim. Memang saya mengaku itu gambar saya, tetapi ia diambil sewaktu di lokasi penggambaran. Saya rasa dia psiko. Dia sengaja mahu memutuskan hubungan saya dengan tunang, Redzwani Puteri. Sebelum kes khalwat ini, memang dia ada berjumpa dengan tunang saya, untuk mendedahkan mengenai hubungan yang kononnya wujud antara kami. Tetapi, tunang saya tidak layan, malah tidak juga melatah. Mungkin kerana masih gagal memisahkan kami, dia menggunakan cara lain pula untuk memburukkan lagi keadaan."

Shah Jaszle juga menegaskan bahawa dia akan mengadakan satu sidang media dalam masa terdekat untuk menjelaskan pengakuan kontroversi wanita itu dengan mengemukakan beberapa bukti khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur paksaan kepada dirinya yang dihantar oleh wanita berkenaan.

"Saya akan mengemukakan semua bukti, termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur paksaan yang dihantar kepada saya. Dia hanya menunjukkan sebahagian SMS saja, tetapi kenapa tidak kemukakan semua sekali apa yang dihantar kepada saya? Lagipun apa bukti menunjukkan saya penghantar SMS itu, sedangkan tiada nombor yang tertera pada paparan skrin telefon?"

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...