Pages

Monday, June 17, 2013

Nenek dipatuk ular berbisa

imageFELDA KERTEH 5 – “Akibat terkejut apabila tiba-tiba betis rasa sakit, saya rentap kaki dan seekor ular warna hijau terpelanting lalu melekat di dinding rumah,..

image” demikian kata seorang nenek, Khatijah Ismail, 59, yang cedera dipatuk ular berbisa, tiga hari lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, secara tiba-tiba seekor ular yang sinonim dipanggil ular ‘ganu wat’ oleh masyarakat tempatan melingkar di betis kanan ibu lima anak itu yang sedang bersiap untuk keluar ke bandar selepas menonton televisyen di bahagian dapur rumah mereka.
Khatijah berkata, bagaimanapun dia bersyukur kerana pada waktu itu, dua cucu diasuhnya, Nur Insyirah Mohd Zamri, 3, dan Mohd Aqif Daniel, 1, yang berada berdekatannya tidak dipatuk ular terbabit.
“Lepas dipatuk, saya rasa kaki berdenyut-denyut dan pada masa sama perasaan takut dan geli bercampur baur apabila lihat ular itu merayap pula di dinding. Kemudian saya segera capai perca kain dan ikat kaki untuk elak bisa merebak dan di tempat patukan ular itu, saya picit-picit untuk keluarkan bisa,” katanya ketika dikunjungi Sinar Harian di rumahnya di Blok 2, Peringkat 1, Felda Kerteh 5, semalam.
Menurutnya, ketika kejadian, hanya dia, dua cucu dan seorang anaknya, Norini, 26, berada di rumah.
“Sejurus kejadian, anak perempuan saya segera membawa saya ke Klinik Kesihatan Bandar Ketengah Jaya dan badan saya dimasukkan air sebanyak empat botol sebelum dirujuk ke Hospital Dungun,” katanya.
Khatijah terpaksa ditahan dalam wad selama sehari sebelum dibenarkan pulang ke rumahnya kira-kira jam 11 pagi kelmarin setelah didapati keadaannya stabil.
Sementara itu, Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bandar Ketengah Jaya, Ramli Mat berkata, dia bersama seorang anggota segera bergegas ke rumah Khatijah apabila menerima laporan mengenai kejadian itu.
“Sebelum menghubungi PBS, tuan rumah menelefon pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk menembak ular itu, tetapi memandangkan keadaan ular itu yang berada dalam rumah dan hanya bersaiz kecil, Rela kemudian menghubungi kami.
“Kami berjaya menangkap ular itu di bawah katil bilik tidur berhadapan ruang menonton televisyen di bahagian dapur rumah mangsa,” katanya.
Ular terbabit panjangnya kira-kira 45 sentimeter berwarna hijau gelap dan seakan-akan spesies ular kapak.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...