Pages

Monday, June 17, 2013

Belum Ditemui, Hari Bapa Hilang Seri

PG01_160613_RINDU-BAPA-Read-Only-565x363GEORGETOWN – Sambutan hari bapa yang sepatutnya diraikan hari ini bersama ahli keluarga hilang serinya apabila insan istimewa tiada di sisi malah

jasadnya sehingga kini masih belum ditemui.

Lim Chia Yiang, 20, anak sulung kepada mangsa Lim Chin Aik, 44, penjual nasi yang dipercayai tertimbus di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini berkata setiap tahun mereka sekeluarga akan menyambut hari bapa dengan membeli kek dan makan malam bersama.

“Kami sekeluarga memang terasa sangat sedih, hari ini hari bapa dan sepatutnya kami bersama-sama meraikannya, tetapi sehingga kini bapa masih belum ditemui.

Kami sekeluarga menerima apa juga takdir yang menimpa bapa,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Lim merupakan pelajar seni kulinari di sebuah kolej di sini juga berharap dapat meneruskan perniagaan bapanya apabila tamat pengajian nanti.

“Saya hendak jadi macam ayah, menjadi peniaga makanan, sebab itu saya ambil kursus seni kulinari,” katanya dalam keadaan sedih.

Lim berkata ayahnya merupakan seorang yang penyayang dan beliau sentiasa mengingatkan mereka adik beradik supaya berbuat baik dengan semua orang.

Sementara itu, isteri mangsa Lee Chai Song, 48, berharap jasad suaminya dapat ditemui dan menerima apa juga takdir yang telah ditentukan.

“Saya terima jika suami sudah tiada, saya harap suami dapat ditemui segera,” katanya.

Semalam Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini sepadan dengan kereta milik penjual nasi itu.

Beliau berkata penemuan itu sekali gus merungkai laporan kehilangan seorang lelaki berusia 44 tahun sejak hari kejadian Khamis lepas.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...