Pages

Monday, June 17, 2013

Bom dalam bungkusan udang

imageKUALA KURAU - Hajat seorang suri rumah memasak udang diberikan bapa saudaranya terbantut setelah menemui sebutir bom tangan di dalam bungkusan berisi udang

itu di Kampung Tok Ngah, di sini semalam.
Saksi kejadian, Nuraida Mat Din,42, yang terkejut dengan penemuan bom tangan itu memberitahu, bungkusan berisi udang yang disimpan sementara di rumah ibunya di Kampung Nelayan Kuala Kurau sebelum dibawa pulang ke rumahnya jam 11 pagi.
Menurutnya, setelah tiba di rumah, dia segera merendamkan udang yang ditabur ais ke dalam sebuah besen sebelum dimasak untuk makan tengahari.

“Bagaimanapun, saya terkejut menemui seketul objek aneh yang pada mulanya disangka batu ketika sedang mengupas kulit udang.
“Saya segera menunjukkan 'ketulan batu’ itu kepada suami, Rosli Abu Osman,45, yang kebetulan sedang berehat di rumah.
“Setelah diteliti objek itu, suami saya mengesyaki ‘ketulan batu’ itu menyerupai bentuk sebutir bom tangan berdasarkan corak pada luarannya dan segera meletakkan objek itu di bawah pokok bunga raya berdekatan rumah,” katanya sewaktu ditemui media di lokasi kejadian di sini semalam.
Nuraida berkata, dia dan suami segera membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kurau lebih kurang jam 2 petang dan polis yang membuat siasatan mengesahkan ianya merupakan sebutir bom tangan lama yang masih aktif.

“Setelah dimaklumkan perkara itu, saya terkejut dan tidak menyangka sebutir bom tangan disimpan dan dipegang saya dengan begitu sahaja.
“Saya tidak menolak kemungkinan bom tangan itu termasuk dalam pukat yang digunakan bapa saudaranya untuk menangkap udang dan kewujudannya tidak disedari beliau disebabkan ianya tersembunyi di dalam timbunan udang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan laporan penemuan bom berkenaan yang dikenal pasti masih aktif.
“Unit pemusnah bom dihantar untuk meletupkan bom itu dalam kawasan perimeter selamat atau membawa bom berkenaan ke satu lokasi di daerah ini untuk dimusnahkan,

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...