Pages

Wednesday, June 12, 2013

Nad Zainal AKui Ada Kekasih Tetapi Belum Fikir Soal Kahwin

Nad Zainal AKui Ada Kekasih Tetapi Belum Fikir Soal KahwinPelakon yang lantang bersuara, Nad Zainal mengakui kepada pihak media dirinya sudahpun mempunyai kekasih tetapi

belum memikirkan untuk berumahtangga."Ya... saya sudah ada kekasih namun buat masa sekarang fokus utama adalah untuk kerjaya dan membahagiakan ibu bapa, lagi pula usia saya masih muda," kata Nad Zainal.
Dalam pada itu, Nad turut menafikan kerana sikapnya yang lantang ketika bersuara menyebabkan ada pihak menganggap dia seorang wanita yang sombong.
"Nada suara saya memang macam ini iaitu lantang kerana mungkin sebab lontaran suara yang sudah dilatih ketika saya belajar seni persembahan teater di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan).
"Ditambah dengan rupa saya yang agak garang ramai yang ingat saya ini sukar didekati, dan sombong tapi saya tidak kisah kerana mereka tidak mengenali saya secara rapat,

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...