CHUKAI – “Mungkin imej itu adalah gelas berwarna putih yang terdapat dalam almari kaca atau biasan cahaya lampu di atasnya…,
” kata pemilik gerai makan yang menafikan imej dipercayai hantu dirakam dalam gerai makannya di belakang Pasar Chukai.
Dia yang berumur 33 tahun dan enggan namanya disiarkan berkata, dia dan keluarganya tidak pernah mengalami perkara pelik atau berdepan perkara mistik sejak berniaga di gerai itu kira-kira 40 tahun lalu.
“Datuk saya berniaga di gerai ini selama kira-kira 20 tahun sebelum saya mengambil alih dan sehingga kini sudah kira-kira 20 tahun lalu saya berniaga di gerai ini. Sejak berniaga tiada sebarang perkara ganjil atau aneh kami alami.
“Sebab itu saya dukacita apabila timbul cerita di gerai saya ada yang merakam imej dipercayai hantu. Saya juga sudah meneliti gambar itu dan bagi saya tidak ada yang pelik dalam gambar tersebut, imej yang didakwa berwajah putih dan mata kemerahan juga kabur dan tidak jelas.
“Barangkali ia adalah gambar gelas warna putih yang terdapat dalam almari kaca tempat kononnya ada imej wajah berwarna putih itu dirakam. Bila gambar diambil dari jauh gambar gelas terbabit akan kelihatan samar dan seakan-akan benda lain,” katanya.
Katanya, mungkin juga imej yang terbentuk juga hasil pantulan cahaya lampu kerana di dalam almari kaca tempat dia meletakkan gelas itu dipasang lampu.
Sehubungan itu, tegasnya, tiada yang pelik mengenai gambar itu dan gambar itu juga tiada kaitan dengan penyakit kencing berdarah yang dialami oleh tukang masak yang bekerja di gerai makan bersebelahan gerainya, apatah lagi tukang masak tersebut sudah lama sakit iaitu sejak minggu lalu.
“Perkara itu hanya secara kebetulan sahaja dan ia tiada kaitan,” katanya.
Sinar Harian kelmarin menyiarkan mengenai imej lembaga putih dengan mata kemerahan dipercayai hantu berjaya dirakam seorang pembantu gerai, Mohd Hishamuddin Mazidi, 16, yang mendakwa melihat lembaga itu di sebuah gerai makan belakang Pasar Chukai.
Sumber
No comments:
Post a Comment