Pages

Sunday, June 23, 2013

Gambar Sumaiyah Binti Romli yang maut dalam kemalangan di Jordan

Gambar Sumaiyah Binti Romli 5Insiden kemalangan kereta pancuan empat roda yang terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah, di Amman, Jordan, menjadi satu titik hitam bagi

lima pelajar Malaysia selepas salah seorang daripada mereka meninggal dunia pada petang Jumaat lalu.
Pelajar Malaysia yang disahkan meninggal dunia dalam insiden kemalangan mengerikan itu ialah Sumaiyah Binti Romli. Allahyarham yang berasal dari Kedah dan menuntut di Universiti Kolej London dalam bidang Astronomi Fizik, meninggal dunia beberapa jam selepas dirawat di Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan akibat kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang tengkok.
Di sini, admin ingin berkongsi sekeping gambar Allahyarham Sumaiyah Binti Romli yang dipetik dari laman blog
terbaek. Walaupun sukar bagi keluarga Allahyarham untuk menerima berita pemergian anak mereka namun admin berharap mereka dapat bersabar dan tabahkan hati.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...