Pages

Monday, June 10, 2013

CIPTA SEJARAH PEMBEDAHAN HATI KE ATAS MONYET

Create-History-On-Monkey-Liver-Surgery-565x370China – Seekor monyet mencatatkan sejarah selepas ia menjalani pembedahan pemindahan hati daripada organ milik seekor babi

yang diklonkan, di hospital Xijing di Xi’an di sini, Khamis lalu.

Bintang berkenaan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil, manakala pembedahan tersebut dianggap sebagai berjaya.

Menurut professor di hospital tersebut, Dou Kefeng, pembedahan itu mengambil masa selama tiga jam dan monyet itu kini mampu bernafas sendiri.

“Monyet itu kini masih dalam pemantauan doktor bagi mengelakkan sebarang masalah,’’ katanya.

Pembedahan itu juga merupakan satu kejayaan besar kepada pembedahan pemindahan organ utama di dunia.

Pakar-pakar perubatan di hospital di China sebelum ini pernah membuat uji kaji ke atas pelbagai monyet dengan melakukan pembedahan pemindahan daripada hati seekor babi, namun ia meninggal dunia dua hari selepas pembedahan itu dilakukan.

Kajian yang sama turut dijalankan di Amerika Syarikat, Jerman, Australia dan Jepun.

Malah satu pembedahan pemindahan jantung dan hati daripada seekor babi yang diklonkan ke atas dua ekor monyet di Korea Selatan hanya mampu bertahan masing-masing 24 jam dan 25 hari sahaja.

Justeru kejayaan yang dicapai oleh hospital di Xijing ini mendapat pengiktirafan dunia.

Hospital tersebut telah memulakan projek kajian klinikal itu sejak empat tahun.

Ia dilakukan selepas jumlah penderma hati di peringkat tempatan dan antarabangsa semakin berkurangan.

Hospital itu dianggap sebagai terbaik memandangkan 300 pembedahan pemindahan hati telah dilaksanakan sejak 1997.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...