Pages

Tuesday, May 7, 2013

Suami Anggota Polis Dipukul Ketika Hendak Mengundi, Disangka Warga Asing

 

936280_597050206971957_146873609_nRAWANG –

Suami kepada seorang anggota polis wanita mendakwa dia dipukul oleh sekumpulan individu yang tidak dikenali di pusat pengundian

Tajudeen N. Anver Dacha,50, seorang rakyat Malaysia berkata insiden tersebut berlaku ketika dia sedang berjalan menuju ke Dewan Serbaguna Rawang untuk membuang undi

“Saya didatangi oleh sekumpulan lelaki dan wanita yang mendakwa saya pendatang asing.

“Mereka melemparkan pelbagai tuduhan kepad saya sebelum saya disepak di bahagian belakang dan dipukul oleh salah seorang daripada mereka,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Tajudeen berkata beliau berasa takut akan keselamatannya dan kecewa apabila dinafikan hak untuk mengundi sebagai rakyat Malaysia yang sah.

“Saya dilahirkan di Taiping, Perak. Mengapa ada orang mahu menghalang saya daripada mengundi.

“Ini satu bentuk diskriminasi terhadap saya hanya kerana saya orang India Muslim yang mempunyai kulit cerah,” katanya.

Tajudeen berkata dia telah membuat laporan polis di balai polis Rawang.

“Saya akan balik ke sana dan mengundi secepat mungkin sebaik sahaja saya selesai membuat laporan polis,”

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...